Pages

Sunday, July 17, 2011

kisah Keperibadian & akhlak Nabi Muhammad s.a.w [ part 1 . 1 ]

TANGGUNGJAWAB NABI MUHAMMAD S.A.W

walaupun Baginda telah menjalankan semua yang di perintahkan Allah kepadanya, Baginda sendiri khuatir sekiranya Baginda belum menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah. Baginda juga takut kalau ada lagi perintah Allah yang belum baginda sampaikan kepada umatnya. oleh itu semasa Baginda menunaikan haji Wada', Baginda luangkan masanya untuk berpidato. Waktu itu matahari di padang Arafah sungguh panas terik sedangkan badan Nabi sendiri dalam keadaan kurang sihat. Selepas berpidato tubuh Rasulullah menggigil dan Baginda berkata '' Nanti di hari pembalasan , kalian akan ditanya oleh Allah tentang apa yang telah aku perbuat pada kalian, jika kalian ditanya nanti, apa jawapan kalian?'

para sahabat terdiam dan mereka menitiskan air mata. Baginda melanjutkan, ' Bukankah telah kujalani hari-hari bersama kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu di perutku kerana menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah kusampaikan pada kalian wahyu dari Allah?'

para sahabt menjawab 'Benar ya Rasulullah!! Benar ya Rasulullah!! Benar ya Rasulullah!!'

Rasulullah pun mengangkat kepalanya dan menghadapkan wajahnya ke atas dan berkata ' Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah, Ya allah saksikanlah!!' Rasulullah meminta kesaksian Allah tentang bukti tanggungjawab Rasulullah kepada Allah.

berkenaan dengan tanggungjawab Rasulullah sesama manusia ingin dibuktikan pada masa yang lain. Suatu hari para sahabt sedang berkumpul dan Rasulullah menyampaikan khutbahnya ' Mungkin sebentar nanti Allah akan memanggilku, aku tak ingin di padang mahsyar nanti ada di antara kalian yang ingin menuntut balas kerana perbuatanku terhadap kalian. Jika ada perbuatanku yang menggores perasaan kalian, katakanlah!!'

apabila mendengar ucapan Rasulullah yang seperti itu para sahabat juga terdiam sebab mereka menganggap Rasulullah tidak pernah bersalah terhadap mereka. Tiba-tiba seorang sahabat berkata 'Ya Rasulullah , ketika engkau memeriksa barisan di saat ingin pergi berperang dahulu, kau memukulku dengan tongkatmu utk meluruskan posisi aku dalam barisan itu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak tetapi aku ingin menuntut qisas hari ini.'

para sahabt lain hairan mendengar kata-kata sahabt inidan tidak menyangka ada orang yang berani berkata demikian. umar terus berdiri dan berseida utk "menyingkirkan" orang itu daripada perhimpunan tersebut. Nabi melarangnya lalu menyuruh Bilal mengambil tongkat di rumah Baginda. Siti Aisyah yang berada di rumah Rasulullah berasa hairan ketika Rasulullah meminta Bilal mengambil tongkatnya.

setelah Bilal menyerahkan tongkat itu, Rasulullah terus memberikan tongkat tersebut kepada sahabat itu dan kemudian Baginda menyingkapkan baju sehingga terlihat perutnya. " Lakukankanlah!" kata Rasulullah kepada sahabt itu. Para sahabt yang lain menanti dengan berdebar-debar apa yang akan dilakukan oleh sahabt itu tetapi apa yang dibayangkan oleh para sahabat itu tidak terjadi.. Sahabat terus telah mencium perut dan memeluk Baginda sambil menangis. " tujuanku hanyalah untuk memelukmu dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu! aku ikhlas terhadapmu wahai Rasulullah."

pada saat itu juga terdengar teriakan Allahu Akbar berkali-kali dalam perhimpunan tersebut. Sahabat tersebut nampaknya dapat merasakan perhimpunan bersama Rasulullah itu merupakan pertemuan yang terakhir. oleh itu, dia ingin memeluk Rasulullah.

KESIMPULAN DARI KISAH DI ATAS : 

begitulah tanggungjawab Rasulullah terhadap allah dan umatnya. Meskipun Baginda telah dijamin oleh Allah tidak berbuat dosa, tetapi baginda sendiri terus berusaha menghapuskan kesalahannya walau sekecil mana pun kerana menyakiti hati mahupun fizikal orang lain merupakan perbuatan yang tercelA. Allah tidak akan memaafkan kita sebelum mereka yang disakiti memaafkan kita. Rasulullah memberi contoh agar kita berhati-hati terhadap orang yang mungkin kita secara tidak sengaja kita sakiti sedang dia tidak reda perbuatan kita itu..

0 budak comel:

 

About Me

My Photo
what can i say?? i'm unique & i'm not like other gurls.. i am myself.. just me!!

Newsletter

We’ll keep you informed and updated

Followers